Saturday, May 12, 2012

::bungabungachinta::


::berbunga-bunga-bungaann ;P ::

ceh..cehhh..post psl mungee la...keeekekke..actually aku nh mmg x tau nama2 bunga...klo nmpak kat kedai pun..eh cantik bunge nh...bunge tue pon cantikkk wahahhahahaa namenyer x tau pon.. :) aku ske bunge daisy tp x bp na research psl bunga daisy pun...coz terpengaruh dlm cite daisy tue la...dlm cite tue ye kate maksud bunge daisy nh cinta yg tersembunyi...wahahhaha mcm kene nan aku jep (wah perasan!) heee... aku x bp ske bunge tp tegk ske la... menanammyer ummm tgu rajin kot (insya'Allah jd suri rumah nnt aku na tnam bunge byk2) kekekke :p. pempuan nh mmg selalu dikait kan degan bunga..btl ke? ahahha.. btl ke klo na ngorat pempuan kene bg bunga? aku x heran pon..tp klo dpt sonok gak la kan...kekekke nh aku na cite mase aku lelepak nan kwn aku kat kdi bunge ad bincang business sket..(aku nyebuk jek) ad la p.cik nh mai kedai...ye na beli sejambak bunga utk sambut hari ibu..wahhh..bgsnyer kan..dah la ye na bg bini die..wahh terharunyerr..sgt menghargai bini die coz lahirkan ank die n jg ank2 die kan...ummmm
aku pon start berangan nak laki aku mcm nh la...wahahahhaaa ad? ad aku kesah..ummmm..untungnyer kan.. ;) k la..korong bc jek la makna2 bunga nh...aku copi pes jepnyer pun...sj na meme riahkan laman sesawang aku nh...ad bunga cantik skett.. heee ;)

by sea legs snapshots
nah bunge utk awk!! ;)

Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang 'closest to the message' yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna


::Carnations::
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang. 


::Gerbera Daisies::
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran
Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.


::Orkid::
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid 'represent rare and delicate beauty'. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi 'arrangement' sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda.
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.


::Lily::
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi


::Ros::
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’



Merah- (cinta dan romantik) Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.


Kuning- (persahabatan, keriangan, cepat sembuh) Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yag bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna ros kuning. Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang yang tidak bersifat romantik kepada seseorang . Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.


Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.


Oren- (keinginan, semangat yang tinggi, cinta) Warna oren adalah hasil campuran warna antara kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari seorang kawan kepada cinta sejati. Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan ‘saya bangga dengan awak’.


Ungu- (terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama) Warna ungu sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan dan kemewahan. Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.


Pink- (cinta, perasaan syukur, penghargaan) Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.


::Matahari::
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan 'longevity'. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang.
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya. 


::Tulip::
Dengan memberi maksud 'being perfect love', bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland.
Ia membawa rasa cinta dan tuah.


::Bunga Seri Pagi atau Violet::
Kesetiaan yang diharapkan oleh sebuah percintaan yang dibina.



::Bunga Dahlia::
Hati yang sering kali berubah-ubah ataupun pendirian kepada jawapan yang tidak tetap dalam sesuatu hubungan yang tidak pasti.



::Kaktus::
Ketahanan cinta dalam badai yang bakal datang. Walauapa pun yang diharungi semasa alam percintaan pasangan tersebut akan terus mengorak langkah untuk membina mahligai di masa hadapan.



::Bunga Jasmine::
Membawa tuah kepada sesuatu perkara yang tidak di sangka-sangka
Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan. 


::Bunga Anggrek::
melambangkan kecantikan yang sempurna. Jika ada yang memberikan bunga anggrek kepada wanita, pesan yang tersirat adalah 'saya ingin menjadi orang yang Anda cintai'.




::Bunga Kekwa::
Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.



::Bunga iriS::
Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.



::Bunga Ivy::
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.



::Bunga Camelia::
Ia dapat ‘memanggil’ semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

huuuuu~ abis pun reseach pasal bunge...actually byk lagi bunga kat dunia nh subhanAllah..cantik2 juga! and ad bunga baik untuk kesihatan such as bunga raya....klo demam mandi bunga raya nnt demam tu kebah la kan..heee~ actually bunga2 diatas adalah bunga2 yg selalunyer org kasi sebagai hadiah...heee ;)  

p/s: korang suka bunga ke buah? wahahhahahha! ;P

No comments:

Post a Comment


~my cute stuff~